Saturday, 6 October 2012

minggu keempat

  Assalamualaikum.

  Kelas seperti biasa bermula pada pukul 8 pagi,iaitu hari Rabu 3/10/2012.Pn Nur Hafizah mengambil kedatangan pelajar.Seperti biasa,beliau akan memastikan setiap pelajar menyelesaikan tugasan dan menyelesaikan masalah pelajar berkaitan pembelajaran.Oleh kerana Dr Siti Fatimah mempunyai urusan lain,beliau akan mengendalikan kelas itu serentak dengan kelas kami.
  Selepas itu,Pn Nur Hafizah menyuruh kami berbincang tentang tajuk tugasan masing-masing.Menurut beliau,kami harus menggunakan 'search engine' yang disahkan.Ole itu,Pn. mengesyorkan kami menggunakan blog E-Warga untuk akses ke dalam portal rasmi Perpustakaan Tun Sri Lanang.
  Pn telah menunjukkan cara untuk menggunakan portal rasmi PTSL itu.Antara kelebihan menggunakan portal ini ialah sumber yang ada adalah disahkan atau boleh dipercayai.Malahan setiap bahan berkaitan tajuk tugasan adalah meluas dan banyak informasi baru akan diperoleh kerana kebanyakkan sumber itu disusun mengikut tahunOleh itu,ia akan memudahkan kami mendapatkan sebarang maklumat.Insyaallah.
  Menurut Pn juga,portal PTSL adalah percuma dan pelajar boleh akses ke dalam portal ini bila-bila masa dan dimana jua.Namun,bagi pelajar yang mahu mengakses laman ini diluar kawasan UKM,nombor ID dan nombor kata laluan masing-masing terlebih dahulu.
  Selain portal rasmi PTSL,Pn juga mengesyorkan pencarian maklumat melalui 'google book' dan sumber bacaan lain.Pn juga menyuruh kami menyelesaikan tugasan melalui perbincangan bersama pasangan kumpulan.Hasil perbincangan itu perlu di update didalam blok dan dibincang di dalam FB group.Perbincangan ini juga perlu diadakan oleh pelajar lain dan kami harus memberikan respond dalam perbincangan itu.Ini bagi memastikan kami mengikut tujuan tugasan ini diberikan iaitu THINK,PAIR AND SHARE'.
  Kemudian,mana-mana kumpulan boleh bertanya pendapat dan menyelesaikan masalah berkaitan tajuk tugasan atau pembelajaran.Saya dan pasangan kumpulan sedang mengumpulkan maklumat tentang tajuk tugasan kami iaitu 'Thinking Skills and ICT'.Kami berharap dapat menyelesaikan tugasan itu dengan baik.
Sekian dulu untuk minggu ini.Bye-bye!

No comments:

Post a Comment