SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!!
Tuesday, 23 October 2012
Minggu Ketujuh...
Semua semangat untuk balik raya..=)
Minggu ini kami harus menyelesaikan semua tugasan pada minggu lepas.Kami juga berbincang secara ringkas tentang tugasan kami.
Oleh kerana ramai yang tidak dapat hadir,kami menangguhkan perbentangan kami pada minggu hadapan.Jadi persiapan untuk perbentangan perlu dilakukan.
Pn menyuruh kami membaca artikel SPSS WIKI untuk persediaan minggu hadapan.
Setakat ini sahaja pembelajaran pada minggu ini..Sekian
Minggu ini kami harus menyelesaikan semua tugasan pada minggu lepas.Kami juga berbincang secara ringkas tentang tugasan kami.
Oleh kerana ramai yang tidak dapat hadir,kami menangguhkan perbentangan kami pada minggu hadapan.Jadi persiapan untuk perbentangan perlu dilakukan.
Pn menyuruh kami membaca artikel SPSS WIKI untuk persediaan minggu hadapan.
Setakat ini sahaja pembelajaran pada minggu ini..Sekian
Minggu Keenam
Sebelum menggunakan perkhidmatan ini,kita perlu sign up terlebih dahulu.Pekhidmatan basic adalah percuma.Bagi mendapatkan perkhidmatan maksimun,bayaran akan dikenakan.
Kelas seperti biasa bermula pada 8 pagi iaitu 17/10/2012.Minggu ini ada banyak perkara baru kami pelajari.
Pertama,kami membuat soalan kajian melalui SURVEY MONKEY.Survey monkey ini merupakan perkhidmatan yang memudahkan pelajar,organisasi ataupun mana-mana individu yang ingin menjalankan s
Langkah-langkah untuk menggunakannya ialah:
Selepas tekan link di atas,anda perlu sign up..
2.Isi maklumat anda :
3.Apabila selesai..tekan "create survey"
4.Tulis tajuk kajian,pilih kategori dan continue..
5.Selepas memilih tema,,soalan boleh ditaip..
6.Setelah selesai,link ini boleh disimpan dan diedarkan.
Jadi,saya bersama Razi Roslan telah membuat 10 soalan berkaitan tajuk tugasan kami iaitu Kemahiran berfikir dan ict.
http://www.surveymonkey.com/s/DTTZN2B
Selepas itu,kami juga diajar membuat soalan melalui GOOGLE DOCS.Melalui Google docs,perkhidmatan percuma diberikan dengan perisian sebanyak 5GB sahaja.Untuk sebarang tambahan,bayaran akan dikenakan.
Langkah-langkahnya ialah:
1.Tekan link ini : https://drive.google.com/?pli=1#my-drive
2.Tekan 'create'
3.Klik pada kotak '
4.Sekarang soalan boleh ditaip,bentuk soalan dan jawapan boleh dipilih.Apabila selesai,tekan 'done'.Untuk menambah soalan,taip 'add
Selesai menaip soalan ini,kami menghantar kedua-dua link soalan berdasarkan tugasan kepada Dr. Siti Fatimah dan Pn Nur Hafizah untuk semakan.
https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dHYyLVcxOEVLUHFud1RNQVhQMlNKOUE6MQ
Kumpulan kami perlu mencari sekurangnya 10/15 orang responden untuk menjawap soalan kami.Saya dan Razi Roslan menghantar soalan ini melalui Facebook Group dan email.
Kelas bersurai pada pukul 11 tengah hari.Oleh itu,setakat ini sahaja refleksi pembelajaran pada minggu ini.Sehingga berjumpa lagi...
Tuesday, 16 October 2012
Kemahiran Berfikir dan Ict
Pengenalan
- Kemahiran
berfikir dan Ict adalah sangat penting pada masa kini terutama sekali kepada
golongan pelajar dan golongan pendidik.Pengaplikasian
kemahiran berfikir dan ict ini dapat membantu memperkasakan dan memudahkan proses
pembelajaran dan pengajaran berlaku.Penggunaan terknologi (ICT) dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mampu
memupuk dan menyemai semangat untuk mempelajari dan menimba ilmu kerana
pembelajaran melalui kaedah ini menyediakan medium pembelajaran yang
selesa,berksesan dan mudah dihayati.
Definisi
Kemahiran Berfikir
- Secara amnya definisi kemahiran berfikir yang sesuai dan tepat
masih lagi dipertikaikan kerana tokoh-tokoh pemikir mempunyai pendapat
dan pandangan yang berbeza.
- George ( 1970) mendifinisikan kemahiaran berfikir adalah suatu
proses penyelesaian masalah dan perlakuan semulajadi yang kompleks.
-Edward De Bono (1976) pula mengaitkan kemahiran berfikir dengan
kemahiran lateral yang membawa maksud bukan
sahaja menyelesaikan masalah malah berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan
pelbagai persepktif bagi menyelesaikan masalah
-Satu lagi definisi yang menarik yang dikemukakan oleh Vincent
Ryan Ruogiero (1984).Beliau mendifinisikan kemahiran Berfikir sebagai “Thinking
is any mental activity that help formulate or solve problem,make a decision or
fullfil a desire to understand.It is a searching for answers,a searching for
meaning”
Definisi
yang Diterima Umum
-Proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah
Tujuan
Kemahiran Berfikir Digunakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran adalah untuk:
1.Mendapatkan latihan berfikir secara kreatif dan kritis untuk
membuat keputusan menyelesaikan masalah dengan bijak
2.Mengaplikasikan pengetahuan,pengalaman dan kemahiran berfikir
secara lebih praktik sama ada dalam atau luar darjah
3.Menghasilkan ciptaan yang lebih kreatif dan inovatif
4.Mengatasi masalah berfikir yang terburu-buru,bercelaru dan kabur
5.Meningkatkan aspek kognitif dan afektif dan seterusnya
perkembangan intelek
Jenis-jenis
Kemahiran Berfikir
1.Berfikir Secara Kritis
-Kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahaan
dan kemajuan sesuatu idea,menilai kebernasan dan kelemahan
sesuatu hujah dan membuat pertimbangan wajar dengan menggunakan alasan dan
bukti.
-Contohnya membanding dan membeza,membuat kategori,membuat
ramalan,inferens dan menentukan sumber yang boleh dipercayai.
2.Berfikir
Secara Kreatif
-Kecekapan untuk menggunakan minda untuk menjana dan menghasilkan
idea,mencipta sesuatu yang baru,asli,luar biasa dan bernilai
Ciri-Ciri
Pemikir Yang Bijak
i) Cekal
ii) Luwes
iii)
Ingin tahu
iv)
Mengambil risiko
v) Mahir menyoal
vi)
Tidak mudah putus asa
vii)
Bekerjasama
-Parkins dan Swarts (1990) menyatakan kesilapan utama sering berlaku ketika
berfikir adalah:
1.Berfikir Secara Terburu-buru
-Kesilapan
akan berlaku apabila kita bertindak dengan tergesa-gesa untuk membuat keputusan
dan atau menyelesaikan masalah.Hal ini
kerana kita tidak mempunyai masa yang cukup
untuk bertindak maka berlakulah kesilapan
2.Berfikiran Sempit
-Hai
ini berlaku apabila kita cuba
membendung fikiran kita daripada melihat sesuatu itu dengan lebih luas
3.Fikiran yang Kabur
-Hal
ini terjadi apabila idea yang hendak kita sampaikan itu tidak menepati objektif
yang dikehendaki umpamanya kita
tidak menyelesaikan sesuatu itu dengan lebih
terperinci dengan memberi tafsiran dan contoh-contoh yang nyata
4.Fikiran Bercelaru
-Berlaku
apabila kita merancang dan menyusun idea yang hendak kita sampaikan itu dengan
cara yang sistematik.Idea yang kita sampaikan lazimnya disampaikan secara
rawak dan tidak tersusun mengikut urutan dan prinsip-prinsip tertentu.
Membina Kemahiran Berfikir
Berfikir bukan sesuatu kegiatan minda
tetapi boleh dibentuk sebagai sesuatu kemahiran.Kemahiran berfikir tidak datang dengan begitu sahaja tetapi memerlukan latihan
dan persiapan.Berfikir sekadar melihat sesuatu tidak akan mendatangkan apa-apa kemahiran tetapi apabila sesuatu iti
diungkap berasaskan Persepktif tertentu maka kemahiran berfikir mula dibentuk.Melihat kegiatan pertukaran siang dan
malam,hujan dan panas,angina dan ribut mungkin -tidak membimbing seseorang kepada kemahiran berfikir.
Definisi
penggunaan ict
-penggunaan ict dalam p&p bermaksud menggunakan ict secara
terancang,bersesuaian,dan berfikrah untuk meningkatkan kecekapan proses dan
keberkesanan p&p
Menggunakan
ict dalam pembelajaran
1.toturial
-ICT dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila diguna untuk menyampai kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan.Pelajaran toturial ini merangkumi :
a)Pembelajaran
eksplositori
b)Demonstrasi sesuatu fenomena
yang ditunjukkan dan dikawal
c)Latihan atau latihtubi yang
disampai dan dikawal oleh sistem
2.penerokaan
-Penggunaan
ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT digunakan sebagai
medium untuk:
a)mencari
dan mengakses maklumat daripada CD-ROM,
Internet, gerbang maklumat dll.
b)mengalami, mempelajari dan
mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi
c)melihat demontrasi sesuatu
kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid
d)Perbezaan – Pembelajaran Penerokaan murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT manakala pembelajaran Toturial hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan diatur oleh sistem.
3.Aplikasi
-ICT dikatakan diguna sebagai alat aplikasi untuk membantu murid
melaksanakan tugasan pembelajaran,
bukan sebagai mekanisma penyaluran
maklumat p&p
a)Penggunaan
perisian aplikasi umum seperti pemproses
perkataan oleh murid dalam menghasilkan
karangan atau penggunaan perisian
hamparan elektronik untuk memplotgraf.
b)Penggunaan perisian aplikasi
khusus seperti editor grafik
4.komunikasi
-ICT dikatakan sebagai alat
pemudah komunikasi apabila diguna untuk
memboleh murid dan guru daripada lokasi
yang berbeza menghantar,menerima dan
berkongsi maklumat yang sama dalam pelbagai bentuk.
a)Teks
b)Grafik
c)Audio
d)Video
e)Kombinasi pelbagai mod
Syarat untuk memanfaatkan ict dalam p&p
-ict
dalam p&p dirancang dengan baik dan bukan sekadar ‘bidang terjun’.
-penggunaan
ict bersesuaian dengan kokurikulum dan menyokong pendekatan p&p.
-perkakasan
dan perisian yang sesuai digunakan dalam aktiviti pembelajaran.
Manfaat ict dalam pembelajaran
-meningkatkan kefahaman dan
penguasaan murid terhadap pembelajaran.
-meningkatkan
motivasi
-membolehkan
pembelajaran sendiri
-maklumat
dapat mengakses pelbagai maklumat yang sebelum ini sukar diperolehi
-suasana
pembelajaran menyeronokkan
-meningkatkan
daya kreativiti dan imaginasi murid
Kepentingan
Ict
a) Teknologi maklumat dapat
mengumpulkan maklumat
b) Digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi.Penggunaan computer boleh merekodkan bunyi,imej dan pengesan gerakan
c) Memanipulasikan maklumat dan proses semula imej
d) Digunakan untuk berkomunikasi
BAGAIMANA ICT DAPAT
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR?
-CASE iaitu Cognitive Acceleratio n through science Education telah dilaksanakan di dalam kelas “biasa” dan terbukti dapat meningkatkan kemahiran berfikir pelajar melalui ict.
-Keputusan PNGK pelajar yang mendapat
pembelajaran mengikut CASE lebih tinggi bukan sahaja dalam bidang sains malahan
dalam bidang matematik dan bahasa inggeris.
-Pengajaran CASE distrukturkan
menggunakan 5 prinsip iaitu:
1)Penyediaan konkrit
Bagi permulaaan,semua terma dan perbendaharaan kata baru yang diperkenalkan harus diamalkan.
2)Kognitif konfliks
Pelajar diberi tugasan atau situasi yang sukar untuk diselesaikan
melebihi kemampuan mereka.
3)Aktiviti pembinaan zon
Pelajar menggunakan dialog antara mereka dan pengajar bagi menyelesaikan
sebarang masalah.
4)Metakognikasi
Pelajar membuat proses pemikiran mereka lebih jelas.
5)Merapatkan
Menggalakkan pelajar berkongsi apa yang dipelajari.
-Pelajar dapat membangunkan kemahiran berfikir melalui ict dengan melibatkan diri dalam penyelidikan dan aktiviti yang ditetapkan dalam konteks yang releven.
-Pelajar perlu menggunakan ict untuk
mengendalikan,menyampaikan maklumat,menyelesaikan masalah ,menimbulkan soalan
dan berani mengambil risiko.
-Contohnya pelajar perlu mencari
banyak maklumat tentang sesuatu perkara melalui search engine seperti google
bagi memperoleh maklumat yang pelbagai dan sahih.
-Melalui ICT,penggunaan email,blog dan
portal-portal dapat membantu pelajar berkongsi,menyebar dan bertukar maklumat
tentang sesuatu perkara.
-Sekiranya ICT digunakan dalam kaedah
pembelajaran seperti penggunaan Power Point bagi tujuan
pembentangan,penyampaian akan lebih menarik kerana ‘slide’ yang dipapar lebih
kreatif dan memudahkan pelajar memahami maklumat yang disampaikan.
-Pelajar juga dapat menyimpan maklumat
pelajaran didalam komputer atau secara online melalui penggunaan internet seperti penggunaan Dropbox.Oleh itu,pelajar
dapat belajar dimana sahaja dan proses berfikir tidak terhad di dalam kelas
sahaja.
DIMANAKAH ICT DAN KEMAHIRAN BELAJAR
DIGUNAKAN?
-Keupayaan ICT adalah lebih luas daripada satu set kecekapan kerana ia melibatkan pemilihan yang sesuai untuk tujuan penggunaan dan penilaian.Oleh itu,ICT dapat digunakan dalam pembelajaran.
-ICT berupaya membangunkan,mewujudkan,dan
menyampaikan maklumat menggunakan pelbagai alat teknologi seperti computer dan
internet.
-Oleh itu,pelajar perlu mengetahui
pelbagai aspek ICT yang ada apabila menggunakannya dan tahu mengapa ia sesuai
untuk tugas itu.
-Contohnya apabila membuat
perbentangan,keupayaan ICT perlu melibatkan pemilihan perisian yang sesuai
seperti penggunaan Microsoft Power Point.
-Penggunaan papan putih
interaktif,unit unjuran video dan pencarian maklumat daripada sumber internet.
-Antara sebab-sebab ICT perlu digunakan dalam pembelajaran ialah:
1)ICT dapat menyediakan kedua-dua sumber pembelajaran iaitu sumber dan rangka kerja untuk membolehkan pelajar belajar dengan lebih berkesan.
2)Teknologi baru iaitu Web 2.0
membolehkan pelajar lain saling bekerjasama untuk berkongsi maklumat.
3)ICT meletakkan pelajar di landasan
yang sama.Walaupun seseorang itu mempunyai kelainan keupayaan,perkakasan dan
perisian maklumat masih sama.
4)ICT dapat membantu pelajar
melaksanakan pembelajaran peribadi seperti kelas maya.
5)ICT membolehkan pelajar redraf dan mengubah kerja mereka hingga selesai.
6)Pembelajaran maya juga berlaku
kerana pelajar dan pengajar masih boleh berinteraksi walaupun jarak jauh.
7)Pembelajaran boleh berlaku dimana
sahaja contohnya melalui penggunaan Dropbox.Maklumat di dalam Dropbox dapat di
muat turun,diakses dan dikongsi tanpa mengira tempat,masa dan waktu.
-Kemahiran berfikir dapat digunakan dalam pembelajaran apabila pelajar menggunakan pemikiran secara kritis.
-Apabila berfikir,pelajar tidak akan
menerima sesuatu perkara bulat-bulat tanpa hujah atau bukti.Menerusi
pembelajaran,pelajar akan mencari maklumat tentang pelajaran melebihi apa yang
dibekalkan oleh pelajar.
-Dalam kemahiran berfikir,sikap pemikir yang baik ialah:
1)berfikiran rasional
2)Mampu mempertimbangkan kesahihan
maklumat yang diberi oleh orang lain.
3)Sentiasa ingin tahu dan dan
berfikiran terbuka.
4)Sentiasa ada maklumat yang cukup.
5)Sentiasa mencari alternative
-Semasa dalam proses pembelajaran,pelajar perlu diberikan sukatan yang dapat menjana keupayaan mereka untuk berfikir dengan lebih kreatif.
-Contohnya Abdul Halim Abdullah,dari
JabatanPendidikan Sains dan Matematik UTM membuat kajian untuk mengenal pasti
jenis kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif yang digunakan pelajar dalam
pembelajaran menggunakan perisian geometri interaktif iaitu perisian KDE
Interactive Geometry (KIG).
-Hasilnya,pelajar menggunakan
kemahiran berfikiruntuk mengetahui lebih lanjut berkaitan sesuatu masalah
matematik yang diselesaikan melalui perisian.
-Hal ini jelas bahawa perisian dinamik
berpotensi membantu pelajar meningkatkan kemahiran berfikir dalam menyelesaikan
masalah dalam matematik.
KENAPA ICT DAN KEMAHIRAN BERFIKIR
PENTING?
-Implementasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam organisasi pendidikan pada masa kini merupakan satu fenomena biasa.
-Kajian-kajian mengenai
implementasi teknologi bermula sekitar tahun 1950-an.
-Revolusi teknologi telah berjaya
melakukan perubahan pendekatan terhadap pengurusan teknologi korporat.
-Laudon (1998) menyatakan
terdapat empat jenis perubahan organisasi yang dihasilkan oleh ICT iaitu
automasi, rasional, perekayasaan dan perubahan paradigma.
-Automasi merujuk kepada aplikasi
ICT untuk membantu pekerja melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan dan
meningkatkan prestasi kerja. Rasional bermaksud memudahkan prosedur operasi
bagi mengelakkan bottleneck supaya proses automasi akan menjadikan prosedur
lebih berkesan.
-Kedua-dua model ini
merupakan pendekatan kejuruteraan iaitu memberikan penekanan kepada proses
membangun, merancang, membina dan mengawal. -Sementara perekayasaan pula
merujuk kepada mereka semula proses-proses perniagaan dengan tujuan utama untuk
mengurangkan kos dan masa secara signifikan.
-Perubahan paradigma merupakan
proses perekayasaan yang lebih radikal melibatkan mengkonsepsi semula proses
perniagaan dan ciri organisasi.
-Menurut Davies (1996),
pendekatan perekayasaan merupakan satu kaedah yang perlu diberi perhatian oleh
pemimpin sekolah bagi menghadapi cabaran abad ke 21.
-Justeru, ICT sememangnya dapat
membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan
perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya.
-Pengurusan sekolah tidak dapat
dipisahkan daripada membuat keputusan pada setiap hari kerana ini merupakan
elemen penting dalam menjalankan tugas merancang, membuat keputusan,
menganalisis sumber manusia, memimpin, mengawal, berkomunikasi serta berfungsi
dengan lebih cekap, berkesan, mudah dan cepat yang melibatkan maklumat proses
dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod, kawalan inventori,
jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan
peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya.
-Ini bersesuaian dengan pendapat Laudon dan Laudon (1997) menyatakan
sistem maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang
mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan,
merancang, mengawal dan menganalisis.
-Kepentingan kemahiran berfikir ialah:
1)Menjadi lebih matang.
-Kematangan tidak boleh diukur
secara mutlak tetapi ia boleh diamati berdasarkan cara berfikir dan cara
tindakan seseorang.
-Orang yang matang akan berfikir
secara mendalam dan bertindak secara analisis apa yang difikirkannya.
-Kesilapan lepas yang dilakukan
dapat dijadikan panduan atau iktibar supaya tidak berulang lagi.
2)Bersifat objektif dalam membuat
penilaian dan keputusan.
-Kemahiran berfikir dapat
mengajar kita bersifat objektif dalam membuat penilaian dan keputusan.
3)Sensitif.
-Jika terdapat sesuatu yang tidak
kena atau tidak faham,langkah proaktif akan diambil segera.
-Kemahiran berfikir membantu kita
tahu tentang apa yang dibaca,didengar dan dilihatnya.
4)Lebih berhemah dan
bertanggungjawap.
-Jika suatu kesilapan
dilakukan,ia cepat mengakui kesilapan dan sekiranya suatu kritikan diberi,dia
akan mengemukakan bukti dan rasionalnya.
5)Tidak mudah dipengaruhi.
-Kita tidak akan menerima sesuatu
itu benar selagi belum mendapatkan sumber yang sahih dan benar.
Subscribe to:
Posts (Atom)