Sunday, 30 September 2012

perbezaan menghantar mesej melalui email/post

EMAIL.
Penghantaran melalui email bersifat privacy atau sulit.Penghantaraan melalui email membolehkan saya memilih sesiapa sahaja untuk dihantar melalui cc atau carbon copy.Carbon copy ini merupakan salinan email kapada penerima selepas email utama.Oleh itu,penghantaran ini selamat dan orang lain tidak akan tahu kandungan mesej itu melainkan saya dan penerima mesej.

POST
Penghantaran melalui post bersifat umum dan bersifat perkongsian.Melalui post tiada cc atau carbon copy mesej yang dihantar.Oleh itu,maklumat yang dihantar boleh diketahui umum,disebar,dikongsi dan dibincangkan.Melalui post juga,saya tidak boleh menyenaraikan nama ahli tertentu untuk mendapat mesej saya kerana secara automatik ia dihantar kepada semua ahli.

LMS/CMS


Melalui pembacaan saya,saya dapat memahami tentang lms/cms.

Apakah CMS/LMS ?

CMS ialah satu sistem dalam talian yang bertujuan untuk membantu pensyarah menghantar maklumat dan pembelajaran melalui web kepada para pelajar supaya pelajar mudah untuk berinteraksi dengan pensyarah. Ini merupakan salah satu cara pelajar dan pensyarah berinteraksi.

LMS pula ialah satu pakej perisian pada skala yang besar yang membolehkan pengurusan dan penyampaian kandungan pembelajaran kepada pelajar.Kebanyakan LMS sistem berasaskan web yang boleh dilakukan bila-bila masa dan dimana jua.

Kenapa kita perlu menggunakan CMS/LMS ini ?

Kita perlu menggunakan CMS/LMS ini bertujuan untuk persediaan satu aspek pentadbiran seperti rakaman gred dan lain-lain.

Selain itu, ia berurusan secara langsung dengan aspek-aspek teras pengajaran seperti objek pembelajaran,latihan,kuiz dan latihan. Dengan menggunakan sistem ini, pelajar boleh berinteraksi dengan pensyarah dan menerokai kandungan pembelajaran yang telah disediakan didalam sistem ini.

Disamping itu, sistem ini dapat menjimatkan masa dan meningkatkan sistem pembelajaran pelajar tersebut. Terdapat juga satu penilaian online seperti kuiz dan latihan didalam sistem ini, jadi ia dapat memudahkan pelajar untuk menjawab melalui sistem ini sebelum peperiksaan tiba.

Dimana sistem ini digunakan ?

Sistem ini biasanya digunakan di dalam sektor pendidikan seperti dalam pengurusan sekolah dan universiti. Sebagai contoh e-pembelajaran, Ifolio, SPIN dan lain-lain. Semua sistem ini dapat memudahkan pensyarah dan pelajar berinteraksi secara dua hala di alam maya.

Siapa yang menggunakan sistem ini ?

Kebiasaannya sistem ini digunakan oleh pelajar-pelajar di Universiti dan kolej.
Selain itu, sistem ini juga digunakan oleh guru-guru dan kakitangan yang bekerja dalam sektor kerajaan yang memerlukan talian web untuk membuat kerja-kerja.






Bagaimana menggunakan sistem ini ?

Cara untuk menggunakan sistem ini ialah gunakan modul penilaian LMS untuk mewujudkan penilaian yang tepat dan relevan . Modul penilaian yang digunakan akan menjadi menarik jika ia direka baik untuk pelajar.
Selain itu, jelaskan penilaian pembelajaran kepada pelajar supaya mereka tidak akan menghadapi masalah didalam penggunaan sistem ini. Dan akhirnya proses pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.

Kelebihan menggunakan sistem ini

1) Meningkatkan kemahiran pelajar dalam penggunaan atas talian.
2) Boleh di akses dimana sahaja dan bila-bila masa dengan menggunakan internet.
3) Pensyarah dan pelajar boleh berinteraksi tanpa memerlukan perjumpaan, hanya diatas talian sahaja.
4) Menampung keseluruhan proses pembelajaran.
5)Latihan,info,dam maklumat boleh disebarkan secara cepat dan tepat

Perisisan Sumber Terbuka Untuk CMS/LMS

1) Moodle
Ia dikenali sebagai Modular Berorientasikan Objek Persekitaran Dinamik yang membantu pendidik untuk mewujudkan kursus-kursus dalam talian. Ia mempunyai beberapa ciri seperti penyerahan tugas, muat turun fail, kuiz dan lain-lain.

2) A tutor
Ia digunakan dalam pelbagai konteks termasuk kursus dalam talian pengurusan, pembangunan kerjaya, serta  pembangunan profesion guru dan penyelidikan akademik. Sistem ini juga dapat membantu orang buta dengan mendengar antara sistem muka dan bantuan pembaca skrin.

3) eFront
Dikenali sebagai Persekitaran Pembelajaran Maya yang merupakan reka bentuk untuk membantu dengan penciptaan komuniti pembelajaran dalam talian.

minggu ketiga

Hai..
  Kelas minggu ketiga bermula pada 8 pagi iaitu pada 26.9.2012,hari Rabu.Walaupun hari hujan,pembelajaran tetap berjalan dengan lancar.Pn Nur Hafizah mengambil kedatangan pelajar dan memastikan setiap pelajar menyelesaikan masalah berkaitan dropbox.
  Seperti yang telah dipesan pada minggu lepas,kami berbincang secara ringkas tentang LMS/CMS.Selesai perbincangan ringkas itu kami dikehendaki menulis tentang apa yang kami faham berkaitan LMS/CMS menggunakan Google Doc dan menghantar ke Yahoo Group dan Dropbox.Kami juga perlu menghantar tugasan itu kepada Dr Fatimah dan Pn Nur Hafizah melalui emel masing-masing untuk disemak.
  Pada mulanya saya tidak tahu tentang Google Doc.Google Doc merupakan program dari Google untuk membuat dan mengedit pelbagai dokumen secara online.Melalui Google doc,kita bukan sahaja membuat dokumen dalam bentuk Microsoft Word,tetapi ia boleh dibuat dalam bentuk ms Power point dan operasi Spreadsheet.Hasil dokumen yang telah siap boleh disimpan di dalam satu folder atau disimpan di dalam Dropbox.Jika disimpan di dalam dropbox,fail itu akan diakses dan diperoleh di mana tempat tanpa mengira masa.
  Untuk mendaftar Google Doc,kita perlu ada akaun gmail untuk kita sign in.Selepas itu,kita perlu ke alamat http;//docs.google.com.Untuk membuka atau akses sebarang dokumen,kita pelu log in terlebih dahulu.
  Untuk membuat sebarang dokumen di dalam google doc,kita harus memilih jenis dokumen yang kita inginkan seperti presentation atau form dan lain-lain.
  Sebelum kelas bersurai.Pn Nur Hafizah menyuruh kami melihat database yahoo group untuk melihat tajuk tugasan dengan pasangan masing-masing.Tajuk kumpulan saya ialah thingking skills and ict.
Sekian dan sehingga berjumpa lagi.

Thursday, 27 September 2012

Minggu kedua

Selamat pagi semua..

  Minggu kedua bermula pada pukul 8 pagi iaitu 19 September 2012,hari Rabu.Pn Nur Hafizah menyuruh kami membuka fail proforma dan menyiapkan tugasan minggu pertama yang belum selesai.
  Setelah semua selesai,kami membuat tugasan lain seperti menghantar e-mel signature,mengemaskini e-mel,facebook,yahoo group dan link blog dalam GE1122/2012-2013.
  Kemudian,kami diminta memuat turun Dropbox.Pada mulanya,saya menghadapi masalah untuk memuat turun dropbox.Melalui video yang kami tonton,ia menerangkan cara memuat turun dropbox dan penggunaannya.Dropbox merupakan satu aplikasi yang mencipta satu folder baru di dalam pc komputer kita secara automatik dan ia sama seperti folder yang ada di dalam komputer.Perbezaannya apabila kita memasukkan fail ke dalam folder dropbox,fail itu secara automatik boleh dibuka atau diakses dimana sahaja kita berada atau masa.Jadi,kita tidak perlu membawa pendraf,buku atau external untuk memperoleh sebarang maklumat yang kita simpan.
  Saya rasa itu sahaja yang berlaku pada minggu kedua.Sebelum kelas berakhir,Pn Nur Hafizah menyuruh kami mencari maklumat tentang CMS dan LMS.
  Sekian sahaja untuk kali ini..

Minggu pertama

Assalamualaikum w.b.t

  Pertama sekali saya ingin memohon maaf diatas kelewatan saya mengupload blog saya.Saya budak baru belajar.Oleh kerana ini merupakan kali pertama saya mempunyai blog sendiri,saya memang tidak mahir tentang penggunaan blog.Tapi,saya akan belajar menggunakannya melalui tunjuk ajar Pn. Nur Hafizah Adnan dan rakan sekelas.
  Pada 12 September 2012 iaitu hari Rabu,saya hadir ke dalam kelas pertama Komputer dalam Pendidikan.Banyak penerangan yang telah diberikan bagi memudahkan proses pembelajaran saya.
  Mula-mula,kami disuruh membuka akaun ymail dan gmail rasmi menggunakan nama penuh seperti di dalam kad pengenalan.
  Kemudian,kami menyertai kumpulan Yahoo Group bagi pelajar kelas kami iaitu GE1155/2012-2013.Yahoo Group merupakan sebuah mailing list yang membolehkan kita menyebarkan maklumat kepada ahli kumpulan yang lain.
  Selepas itu,kami diberi penerangan tentang proforma kursus.Proforma kursus merupakan struktur kursus yang akan dijalankan sepanjang sesi pembelajaran.Oleh itu,kami lebih memahami tentang kursus yang kami pelajari.
  Selain itu,kami diminta membuka Yahoo Group sendiri menggunakan nombor matrik sebagai nama kumpulan tersebut.Kemudian,kami diminta membuat satu 'group' didalam Facebook secara berpasangan.Nama pasangan saya ialah Rasi b Roslan.Kami juga perlu menjemput Dr Siti Fatimah dan Pn Nur Hafizah ke dalam group tersebut.
  Pada pukul 11 kelas bersurai.Harapan saya agar semuanya akan berjalan dengan lancar.Selain itu,saya berharap semua tugasan yang diberi akan saya laksanakan dengan sebaiknya.Sehingga berjumpa lagi.
Sekian =)

Tuesday, 18 September 2012